Saturday, 21 January 2012

AREA 51 untuk UFO

Korang pernah dengar tak citer pasal Area 51 ..ha nak tahu apa keistimewaan tempat ni? Orang selalu cakap diorang nampak UFO kat sini,  entah betul ke tidak..

Makhluk asing yang ditemui di Roswell New Mexico
Kalau anda cuba mencari lokasi Area 51 di dalam peta anda pasti tidak akan menemuinya . Ini kerana Area 51 adalah gelaran yang diberikan pada satu lokasi di padang gurun negeri Nevada, Amerika Syarikat pada tahun 1950 an dan 60 an. Lokasi ini dibawah jagaan Central Investigation Agency (CIA).Selepas tentera udara mengambil alih, kawasan ini telah ditukar nama ke Detachement 3.


Ini adalah gambar seorang pegawai bersama makhluk asing yang ditemui di Roswell New Mexico dan disimpan di Area 51.Area 51 terletak di kawasan yang dikenali sebagi Groom Lake,lebih kurang 80 kilometer ke utara Las Vegas.Di bahagian selatan Groom Lake ini terdapat sebuah lapangan terbang yang besar dimana tujuan utama kompleks tentera ini ditubuhkan adalah untuk menguji pesawat-pesawat baru serta  yang dalam peringkat kajian dan eksperimental.Di situ juga meraka menguji sistem persenjataan yang baru yang canggih .Pesawat pengintip U-2 telah dibina dan diuji di sini.Lain-lain pesawat jenis stealth juga lahir dari situ.

Pesawat pengintip U-2

Pada tahun 1974, angkasawan Skylab 4 telah dengan tidak sengaja mengambil gambar kawasan larangan ini.Satu memo telah dikeluarkan oleh pihak CIA merujuk kepada insiden ini.
Kemudian arahan yang spesifik telah dikeluarkan untuk memberitahu angkasawan Amerika supaya tidak mengambil foto kawasan Groom Lake.Jadi tidak hairan jika banyak pihak mengesyaki kerajaan Amerika mungkin ada menyimpan UFO yang jatuh terhempas atau yang berjaya ditawan di kawasan ini.Apa yang lebih menarik ialah dakwaan bahawa tentera udara Amerika membina pesawat seperti UFO dengan meniru teknologi daripada UFO yang terhempas .Adakah semua ni benar?


Kejutan pertama bahawa ini semua mungkin benar ialah bila seorang lelaki yang bernama bob lazar mengaku dia pernah bekerja di kawasan yang dikenali sebagai S-4 bersebelahan dengan Area 51 pada tahun 1988-89.Dia telah diberi kontrak oleh kerajaan Amerika untuk mengkaji teknologi UFO yang terhempas.Bob Lazar  mendakwa dia telah melihat sebanyak sembilan buah UFO disimpan di situ.

Kredibiliti Bob Lazar bagaimanapon tergugat apabila penyiasatan yang dijalankan gagal menemui sebarang rekod persekolahan Bob Lazar.Komuniti ahli sains juga tidak pernah melihatnya .Jadi apakah motif seberna Bob Lazar dengan pendedahannya itu..Pada  tahun yang sama juga, seorang lagi mendakwa telah merakam video soal siasat yang dijalankan oleh saintis terhadap satu makhluk asing di Area 51.Video ini telah ditayangkan di dalam sebuah dokumentari yang berjudul Area 51:The Alien Interview. Apa yang menarik dalam dua dakwaan di atas ialah kedua-dua individu tersebut telah merujuk pada kehadiran makhluk asing yang sama iaitu di kawasan Area 51.Jadi selain daripada menyimpan UFO terhempas serta teknologinya di sini,terdapat juga makhluk asing yang membantu manusia untuk mempelajari tentang pesawat UFO mereka.Di bawah ni adalah di antara pesawat yang menyerupai UFO.

Pesawat pengebom B-2 mirip UFO.

Bahagian depan pesawat sr-71 blackbird berbentuk UFO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...